top of page
WELCOME (9).png

Perlukah Bersengkak? Ini 5 Perkara Wanita Mesti Tahu

1. Apakah Urut Sengkak?

Dalam perbidanan Melayu, urutan sengkak adalah sejenis urutan dalaman atau womb uplift massage yang dilakukan untuk mengemaskan tubuh badan, khususnya posisi rahim.

Urut sengkak ini dilakukan selama 3 hari selepas hari ke-44 berpantang, sebagai rawatan penutup bagi wanita yang bersalin normal. Sengkak pada awal minggu adalah tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan kepada rahim yang masih bengkak.

2. Bagaimana Peranakan Boleh ‘Jatuh’?

Wanita yang baru lepas bersalin cenderung mengalami masalah peranakan ‘jatuh’ atas beberapa sebab seperti meneran semasa bersalin, sembelit, bengkung yang ketat, batuk berpanjangan, atau melakukan kerja berat.

Semua aktiviti ini menyebabkan tekanan yang tinggi pada abdomen lalu memaksa otot-otot bekerja kuat untuk menampung rahim, lalu menjadi longgar. Semasa mengandung juga, ibu telah menanggung beban kandungan yang berat selama 40 minggu.

3. Bolehkah Melakukan Urut Sengkak Jika Bersalin Secara Pembedahan?

Wanita yang bersalin secara pembedahan Caesarean tidak perlu melakukan urut sengkak.

Berbeza dengan wanita yang bersalin normal, bersalin secara Caesar tidak melalui proses meneran dan rahim tidak bertukar posisi asal. Namun, jika mereka mengalami gejala ‘peranakan turun’ atau prolapse of uterus seeloknya rujuklah kepada doktor untuk rawatan yang lebih spesifik.

4. Selain Ibu Bersalin, Siapa Lagi Disarankan Untuk Urut sengkak?

Urut sengkak sebenarnya merupakan rawatan alternatif yang boleh dilakukan oleh wanita yang mengalami masalah lemah otot-otot rahim, mudah keguguran, senggugut, pernah kemalangan, dan sebagainya. 

Antara gejala ‘peranakan / rahim jatuh’ adalah rasa tidak selesa, sakit, ngilu atau sengal di bahagian peranakan serta tidak lawas kencing. Dalam kes yang kritikal,ia mungkin boleh menyebabkan seseorang itu berasa terlalu sakit di bahagian perut sehingga tidak boleh berjalan.

5. Bagaimana Mencegah Masalah Rahim Jatuh?

Urut sengkak hanyalah satu rawatan alternatif yang dapat membantu menangani masalah rahim jatuh. Namun, dah tentulah ada cara lain yang boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan rahim secara umum.

Antaranya:

  • Kurangkan tekanan pada abdomen. Elakkan meneran semasa buang air, mengangkat benda berat, berdiri terlalu lama, dan jangan berbengkung terlalu ketat.

  • Buat senaman Kegel

  • Memakai gelung penahan (maternity belt) untuk menyokong rahim / perut semasa mengandung

  • Pengambilan jamu atau suplemen (yang berdaftar dan diyakini selamat) untuk membantu menguatkan otot.

Urutan peranakan/sengkak RM40

Whatsapp us for Guasa booking

bios 9000 (6).png
bottom of page